Utusan daripada Presiden PPUMS

PPUMS2015 websize DSC_9615 copy Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi, atas limpah dan rahmatNya, laman web rasmi Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional (PPUMS) bukan akademik Universiti Malaysia Sabah (UMS) kini dapat direalisasikan.

PPUMS mengorak selangkah lagi untuk bergerak seiringan dalam era teknologi yang semakin hari semakin canggih. Langkah ini diambil bertujuan untuk membuka ruang kepada pegawai-pegawai untuk bersosial dan berinteraksi sekaligus mengeratkan silaturahim. Ianya juga merupakan landasan wadah informasi memudahkan ahli mencapai maklumat menerusi hujung jari sama ada maklumat dalaman ataupun menerima maklumat dari luar.

Laman web ini juga membolehkan ahli mencetus idea, bertukar pandangan dan fikiran secara profesional di kalangan pegawai daripada pelbagai gred dan kepakaran. Selain daripada memaparkan aktiviti-aktiviti biro, laman ini juga menyediakan ruang CV Online, agar pengunjung dapat mengetahui kepakaran pegawai-pegawai UMS dalam bidang-bidang tertentu. Walaupun belum sempurna, usaha-usaha masih diteruskan untuk menjadikan laman web ini sebuah portal yang memenuhi kehendak dan kepuasan ahli serta pengunjung.

Adalah diharapkan agar semua ahli PPUMS khasnya dan warga UMS amnya mendapat manfaat melalui maklumat yang disediakan dalam laman web ini.

Sekian, terima kasih.

“BERTEKAD CEMERLANG”

ENCIK AZMI BIN JUMAT 
Presiden PPUMS Sesi 2017/2019

Comments on this entry are closed.