Senarai JK Protem & EXCO Tertinggi PPUMS (2000 – 2004)

by Thomas G Timin on 14/07/2014

Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS) awalnya dikenali sebagai Persatuan Pegawai Profesional dan Iktisas UMS. Mesyuarat pertama bagi cadangan penubuhan persatuan ini telah diadakan pada 09 Disember 2000 di Bilik Mesyuarat JPP, Aras 6, Blok Utara Bangunan Canselori (kini merupakan Pejabat Pusat Dana Luar UMS). Kertas cadangan bagi penubuhan persatuan ini telah dibentangkan dan semua ahli yang hadir pada ketika itu bersetuju untuk menubuhkan JK Protem yang bertanggungjawab menggerakkan seterusnya mendaftarkan persatuan yang bakal ditubuhkan ini. Y.B’usaha En. Abdullah Hj. Mohd. Said yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendaftar (Bahagian Sumber Manusia) Jabatan Pendaftar telah diberikan mandat dilantik sebagai Presiden JK PROTEM dengan dibantu oleh En. No’man Hj. Ahmad sebagai Naib Presiden.

Hasil usaha JK Protem, maka lahirlah Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik (PPUMS).

Mesyuarat Agung PPUMS yang Pertama telah diadakan pada 25 Jun 2005 di Galeri , Aras 3 bangunan Canselori yang telah dihadiri oleh 50 orang ahli.

Pada mesyuarat tersebut, JK Protem telah dibubarkan dengan rasminya dan AJK Tertinggi / EXCO PPUMS telah dilantik bagi menerajui PPUMS. Selain itu, Perlembagaan Persatuan juga telah disahkan pada mesyuarat tersebut.

Senarai JK Protem & EXCO Tertinggi PPUMS (2000 – 2004)

Presiden : En. Abdullah Hj. Mohd. Said

Naib Presiden: En. No’man Datuk Hj. Ahmad

Setiausaha : En. Darwis Awang

Bendahari : En. Ismail Abdul Jalil

Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil :

1. En. Firdaus Abdullah

2. Pn. Sarlona J. Gindug

3. En. Mohd Raffie Hj. Janau

4. Pn. Aidah Noordin

5. Cik Zallifah Shadan

6. En. Ag. Suhaizam Bungso

7. En. Mohd. Asyraaf Fong Abdullah

8. En. Bonaventure Boniface

Comments on this entry are closed.