Perlawanan Persahabatan Bolasepak di antara Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Kota Kinabalu dengan PPUMS

by Thomas G Timin on 13/07/2014

PPUMS telah mengadakan perlawanan persahabatan bolasepak Kelab Kebajikan Kakitangan Politeknik Kota Kinabalu di Stadium Utama UMS pada 25 Jun 2014 yang lalu.

bolaPoli1

Pada babak pertama perlawanan, pasukan PPUMS ketinggalan 0 – 2 hasil jaringan jarak jauh oleh pasukan pelawat. Pada separuh masa kedua perlawanan ini, Pemain PPUMS terus mengasak kubu lawan dengan beberapa serangan bertubi-tubi ke gawang lawan. Walaubagaimanapun pasukan PPUMS terus menerima jaringan daripada pihak lawan yang berkesudahan dengan 0 – 6.

Walaupun pasukan PPUMS menerima kekalahan pada perlawanan ini, semangat kerjasama dalam pasukan terus terjalin. Perlawanan yang diadakan pada pukul 7.30 malam ini turut dihadiri oleh Pengarah Pusat Sukan UMS, En. Mohd Asyraaf Abdullah, En. Ahmadi Nurdin dan En. Thomas G. Timin.

 BolaPoli2

Comments on this entry are closed.