Penyerahan Sumbangan Kepada Mangsa Banjir di Beaufort dan Membakut

by Thomas G Timin on 09/07/2014

Pada 20 Februari 2014 (Khamis) Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) telah menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir di Beaufort dan Membakut melalui Program Kutipan Sumbangan daripada warga UMS.

Kutipan bantuan yang dianjurkan oleh PPUMS bukan sekadar mendapat sambutan baik daripada warga kampus malah berjaya menarik perhatian pelbagai syarikat di sekitar Kota Kinabalu. Antara yang turut menghulurkan sumbangan termasuklah Shell Timur Sdn. Bhd., Kelab Sosial dan Rekreasi Bundu Tuhan Ranau serta Dana Hijau Enterprise.

Sumbangan yang diserahkan berbentuk keperluan harian seperti pakaian, tilam, barangan makanan serta wang tunai bagi membantu mangsa yang terlibat dalam bencana banjir.

DSC_7151 DSC_7257 DSC_7293 DSC_7336 DSC_7452 DSC_7470

Comments on this entry are closed.