Pengenalan

Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) atau lebih dikenali sebagai PPUMS merupakan sebuah persatuan yang mewakili semua pegawai dalam kategori professional (bukan perkhidmatan pengurusan dan akademik) di Universiti Malaysia Sabah. Usaha penubuhan PPUMS telah bermula pada 30 September 2004 apabila mesyuarat Jawatankuasa PROTEM PPUMS yang telah dipengerusikan Oleh Dr. Ismail bin Ali bagi membincangkan deraf perlembagaan dan juga urusan berkaitan dengan pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Sabah. Ahli –ahli jawatankuasa protem terdiri daripada:

Dr. Ismail Ali – Presiden
En. Noman Hj. Ahmad – Timbalan Presiden
En. Darwis Awang – Setiausaha Agung
En. Firdaus Abdullah – Pen. Setiausaha Agung
En. Ismail Abd. Jalil – Bendahari
Ahli-ahli jawatankuasa PROTEM ini telah bekerja keras bagi memastikan sebuah persatuan yang mewakili suara semua pegawai perkhidmatan pentadbiran dapat direalisasikan penubuhannya. Hasrat ini telah tercapai apabila Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah meluluskan pendaftaran, Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) dibawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 pada 30 Mac 2005.

Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik Universiti Malaysia Sabah (PPUMS) telah mengadakan mesyuarat agung yang pertama pada 25 Jun 2005 bertempat di Galeri Aras 3 Bangunan Canselori dan telah berjaya mendaftarkan seramai 51 orang ahli. Ahli jawatankuasa Eksekutif yang baru telah dibentuk dan En. Noman Datuk Hj. Ahmad telah diberi kepercayaan oleh ahli PPUMS untuk menerajui persatuan ini bersama-sama dengan 14 orang ahli jawatankuasa. Bagi mengenang jasa dan khidmat bakti Dr. Ismail Ali sebagai Presiden PROTEM PPUMS, mesyuarat telah bersetuju agar beliau dilantik sebagai Ahli Kehormat PPUMS memandangkan beliau telah bertukar perkhidmatan kepada pensyarah di Sekolah Sains Sosial UMS.

PENUBUHAN DAN PELANTIKAN KETUA-KETUA BIRO

Mesyuarat PPUMS Bil 1/2005 telah bersetuju untuk mewujudkan beberapa Biro yang akan melaksanakan aktiviti-aktiviti PPUMS. Ketua- ketua Biro yang dilantik adalah seperti berikut ;

Biro Latihan dan Kerjaya
1. Mohd Raffle Hj. Janau
2. Samasuddin Hj. Yusop

Biro Kebajikan dan Kerohanian
1. Firdaus Abdullah
2. Ag. Suhaizam Bungso

Biro Perhubungan dan Teknologi
1. Effendy Hadis
2. Norti Sirin

Biro Sukan dan Rekreasi
1. Mohamad Edrus Othman
2. Bonaventure Boniface

Biro Pembangunan Dana
1. Dg. Rukiah Ag. Amit
2. Badrul Hisham Ismail

Comments on this entry are closed.