Mesyuarat Agung Tahunan PPUMS 2014

by Thomas G Timin on 16/07/2014

Komitmen dan Kerjasama Kunci Kecemerlangan Organisasi : Naib Canselor

PPUMS-2209ISNIN, 14 JULAI – Kejayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi itu bukan terletak kepada hasil kerja individu semata-mata tetapi memerlukan komitmen dan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah, tindakan yang pantas serta jalan penyelesaian yang kreatif dan inovatif dapat meningkatkan produktiviti serta menghasilkan kerja yang berkualiti.

“Di dalam mengejar kejayaan, sikap integriti dan disiplin adalah penting bagi menjamin kesejahteraan persatuan. Sikap ini bukan sahaja penting dalam kalangan ahli tertinggi persatuan, tetapi kepada seluruh ahli PPUMS bahkan juga kepada semua kakitangan universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai Pengurusan dan Profesional Bukan Akademik UMS (PPUMS) kali Ke-8. Hadir sama, Pendaftar UMS, Datuk Abdullah Hj. Mohd Said; Presiden PPUMS, Hj. Zawawi Tiyunin dan Ketua Timbalan Pendaftar, No’man Datuk Hj. Ahmad.

Tambah Datuk Dr. Harun, sikap integriti dan disiplin yang ada pada setiap pegawai akan membolehkan kakitangan di bawah seliaan menunjukkan rasa hormat dan mencontohi sikap integriti dalam menunaikan kerja yang ditugaskan.

Terdahulu pada mesyuarat itu, jawatankuasa tertinggi PPUMS telah membentangkan perkembangan terkini persatuan di samping laporan perincian pergerakan kewangan kepada setiap ahli.

PPUMS merupakan sebuah persatuan paling aktif di UMS yang terdiri daripada staf pegawai pengurusan bukan kakitangan akademik. –SS

Bahgian Media dan Citra Jabatan Canselori

10264101_709836605731607_7626711003754334316_o 10357717_709836475731620_7071465979234905125_o 10387134_709836682398266_632558200308267821_o 10397091_709836479064953_1188968542931478819_o 10428118_709836552398279_5025901074758018370_o 10459078_709836772398257_1132772154805071118_o 10497859_709836555731612_4072661294626274822_o 10519005_709836482398286_841003181957179055_o 10532134_709836549064946_4436885665044300040_o 10547202_709836725731595_6824509546016321115_o 10548268_709836742398260_518194271176162902_o

Comments on this entry are closed.