Majlis Berbuka Puasa Bersama TYT Ramadhan 1429H (2008)

by Thomas G Timin on 14/07/2014

Majlis berbuka puasa warga UMS bersama Tuan Yang Terutama Tun Canselor telah diadakan seperti tahun-tahun sebelumnya dan seperti lazimnya diadakan di Masjid UMS. Beberapa rakan PPUMS turut hadir bagi menjayakan majlis ini.

Sambutan agak kurang memberangsangkan di kalangan warga UMS (staff) seperti juga tahun-tahun sebelumnya. Rasanya mungkin ramai yang tidak dapat hadir atas faktor-faktor rumah yang agak jauh, kaum wanita yang terpaksa balik untuk menyediakan juadah sungkai buat keluarga tercinta dsb. Tapi kalau dibandingkan dengan kehadiran majlis berbuka puasa di tempat2 lain, kehadiran memang ada bezanya  ;-)

Aktiviti ini baru sempat di-post kan kali ini memandangkan saya baru dapat email gambar2 dari Jurugambar pada ketika itu – En. Martubat Jamlan (tq).

Apapun, diharap tahun akan datang ramai lagi rakan PP yang akan hadir terutama yang masih bujang dan tinggal berdekatan untuk sama-sama memeriahkan suasana berbuka di samping mengimarahkan masjid.

Memandangkan gambar di atas tu terlalu kecil saya upload semula gambar dalam versi baru…

Comments on this entry are closed.