Kejohanan Futsal Antara Skim Perkhidmatan PPUMS 2014

by Thomas G Timin on 13/07/2014

SABTU, 21 JUN – Kejohanan Futsal Antara Skim Perkhidmatan PPUMS telah diadakan di gelanggang Futsal UMS.

Kejohanan ini yang dibuat hampir setiap tahun melibatkan pertandingan diantara skim perkhidmatan Pengurusan & Profesional (Bukan Akademik) ataupun secara gabungan skim. Dalam kejohanan ini, skim-skim perkhidmatan dibahagi kepada enam kumpulan Skim iaitu Skim N (Canselori), Skim Gabungan, Skim WFB. Skim S, Skim JC dan UMSKAL. Setiap perlawanan berlangsung selama 7 minit di mana jumlah pemain dalam satu pasukan adalah 5 orang dengan 4 pemain lelaki dan seorang pemain wanita.

futsal

Pada perlawanan akhir pasukan dari perkhidmatan Skim S muncul juara mengalahkan pasukan perkhidmatan Skim Gabungan. Tempat ketiga pula disandang pasukan perkhidmatan Skim N (Canselori).

Kejohanan Futsal ini yang dibuat di gelanggan futsal UMS turut dihadiri oleh Presiden PPUMS, Tuan Haji Zawawi Tiyunin, Mantan Presiden PPUMS, En. No’man Datuk Hj. Ahmad dan Pengarah Pusat Sukan UMS, En. Asraf Fong Abdullah. Hadiah bagi pasukan yang menjuarai kejohanan ini telah disampaikan oleh Presiden PPUMS.

futsal1 futsal2 futsal3 futsal4 futsal5 futsalfinal

 

Comments on this entry are closed.