Keahlian

1. Keahlian Persatuan ini terbahagi kepada tiga (3) kategori iaitu:

a) Ahli Biasa – Terbuka kepada semua Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan akademik yang berkhidmat dengan Universiti Malaysia Sabah, berwarganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas dan bermastautin di Sabah.

b) Ahli Bersekutu – Terbuka kepada semua kakitangan selain daripada kakitangan kumpulan Pengurusan dan Profesional bukan akademik Universiti Malaysia Sabah, berwarganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas dan bermastautin di Sabah. Ahli Bersekutu berhak sebagaimana Ahli Biasa kecuali hak mengundi dan memegang jawatan dalam Persatuan.

c) Ahli Kehormat – Jawatankuasa Eksekutif boleh melantik seseorang yang telah diberikan sumbangan kepada Persatuan dan yang pada pendapat Persatuan Layak dan dapat membantu mencapai matlamat Persatuan. Ahli Kehormat adalah dikecualikan daripada bayaran masuk dan yuran bulanan dan berhak untuk menikmati semua keistimewaan sebagai ahli Persatuan tetapi tidak berhak untuk mengundi dan memegang jawatan dalam Persatuan.

2. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang kemudiannya hendaklah mengemukakan permohnan itu secepat mungkin kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk kelulusan. Jawatankuasa Eksekutif boleh, mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

3. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas hendaklah membayar bayaran masuk dan yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah ia sebagai seorang ahli.

4. Seseorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan. Untuk keahlian baru, penamaan calon-calon exco atau kertas cadangan usul, sila muat-turun borang dibawah:

  1. Borang Keahlian Baru PPUMS
  2. Kertas Penamaan Calon MAT PPUMS
  3. Kertas Cadangan Usul MAT PPUMS

Comments on this entry are closed.