(2009) KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS

by Thomas G Timin on 14/07/2014

KEJOHANAN FUTSAL `INTER-GRADE’ PPUMS

TEMPAT: CITY FUTSAL CENTRE, MENGGATAL
TARIKH: 25 MAC 2009

1.0. Pengenalan

1.1. Persatuan Pengurusan dan Profesional UMS (PPUMS) mempunyai ramai ahli yang terdiri daripada pelbagai gred jawatan. Bagi mengeratkan hubungan sesama ahli ini, Exco Sukan dan Rekreasi PPUMS akan menganjurkan pertandingan Futsal PPUMS antara gred jawatan iaitu daripada gred 41 dan ke atas.
1.2. Kejohanan ini akan dijadikan sebagai acara tahunan PPUMS di mana piala pusingan akan menjadi rebutan setiap pasukan.
1.3. Pertandingan ini akan diadakan pada 25 Mac 2009 bertempat di City Futsal Centre, Menggatal bermula jam 7.00 malam.

2.0. Objektif

2.1. Merapatkan hubungan silaturahim antara ahli PPUMS.
2.2. Membentuk sebuah pasukan Futsal PPUMS yang mantap bagi menghadapi perlawanan persahabatan dan pertandingan pada masa yang akan datang.
2.3. Memupuk semangat mengamalkan gaya hidup sihat di kalangan pegawai pengurusan dan profesional UMS.

3.0 Syarat pertandingan

3.1 Hanya kakitangan pengurusan dan profesional gred 41 dan ke atas sahaja yang layak bertanding. Walau bagaimanapun, pasukan dibenarkan mendaftarkan seorang pemain gred 27 dan ke atas bagi memberi peluang lepada ahli bersekutu PPUMS melibatkan diri di dalam kejohanan ini.
3.2. Perlawanan di adakan secara liga 2 kumpulan di mana 3 pasukan akan bermain secara liga dalam kumpulan masing-masing. Hanya Johan dan N. Johan kumpulan sahaja yang layak masuk ke perlawanan kalah mati di separuh akhir.
3.3. Masa perlawanan ialah 5 minit bagi setiap separuh masa. Pasukan yang menang akan diberikan 3 mata, seri 1 mata dan kalah 0 mata.
3.3 Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan 12 orang pemain sahaja. Hanya 5 orang pemain yang akan berada di dalam gelanggang ketika bermain dan pasukan wajib menurunkan sekurang-kurangnya seorang pemain wanita dalam setiap perlawanan.

4.0 Pasukan Yang Bertanding

4.1. Kumpulan A
A1 Gred N (Canselori) (Pengurus: Talib Abdullah Shani/Penolong: Taufeck Guntok)
A2 Gred J (Pengurus: Jorin Matawas/Penolong: Henry Vincent)
A3 Gred S, K & B (Pengurus: Zawawi Tiyunin/Penolong: Ahmadi Nurdin)

4.2. Kumpulan B
B1 Gred N (J/S/P/I/U) (Pengurus: Samsuidin Nurdin/Penolong: Suhaimie Sahabuddin)
B2 Gred C, F, U & Q (Pengurus: Johan Alexander/Penolong: Thomas George)
B3 Gred W (Pengurus: Mohamad Edrus Othman/Penolong: Syukry Mohd. Sidek)

Comments on this entry are closed.