(2007) Kursus Amalan 5S

by Thomas G Timin on 13/07/2014

Kursus Pengenalan Terhadap Amalan 5S telah diadakan pada 13 dan 14 Mac 2007 anjuran Bahagian Latihan, Pejabat Pendaftar dengan menjadikan para pegawai dan kakitangan sokongan setiap JSPIU sebagai kumpulan sasar.

Kursus ini dikendalikan oleh penceramah dari NPC (kini dikenali sebagai MPC), En. Edward. Selain diberikan pendedahan tentang amalan 5S, para peserta juga diberikan peluang melawat Pejabat INTAN Sabah di Wisma Perindustrian bagi melihat sendiri amalan 5S yang telah dilaksanakan di agensi tersebut.

Sememangnya amalan 5S ini amat baik jika dapat dilaksanakan di peringkat JSPIU memandangkan ianya amat membantu pelaksanaan tugas secara efektif dan efisien.

Comments on this entry are closed.