(2007) Hari Keluarga PPUMS 2007

by Thomas G Timin on 14/07/2014

Sehari selepas bermesyuarat agung tahunan, PPUMS sekali lagi melaksanakan aktiviti santai iaitu Hari Keluarga PPUMS sebagai penutup tirai tahun 2007.

Hari keluarga PPUMS telah diadakan pada 30 Disember 2007 (Ahad) bertempat di Marina Club. Hari keluarga PPUMS yang buat julung kalinya diadakan ini telah disambut dengan meriah oleh para ahli-ahli PPUMS beserta ahli keluarga masing-masing.

Para ahli berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk bersarapan bersama dan seterusnya ke gelanggang permainan untuk pelbagai aktiviti yang amat mencuit hati serta mengeratkan lagi silaturrahim antara sesama ahli PPUMS serta ahli keluarga masing-masing.

Terima kasih daun keladi kepada semua ahli PPUMS dan ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan suasana…InsyaAllah tahun 2008 kita berjumpa lagi.

Kepada para rakan pegawai yang belum menyertai keahlian PPUMS, we are pleased to welcome all of you to join…JOM JOIN PPUMS!!!:)a

Comments on this entry are closed.