(2007) Bengkel Sehari Pengendalian Mesyuarat

by Thomas G Timin on 13/07/2014

Pada 06 Mac 2007 yang lalu bengkel setengah hari pengendalian dan Pelaksanaan Mesyuarat anjuran bersama PPUMS dan Bahagian Latihan, Jabatan Pendaftar telah dilaksanakan.

Walaupun bengkel ini diadakan dalam tempoh yang amat singkat, ianya berjaya memupuk semangat perkongisan ilmu di kalangan pegawai di UMS.

Apa yang lebih menarik dalam bengkel ini, ianya dikendalikan oleh ahli PPUMS sendiri iaitu Cik Norti Hj. Sirin sebagai Penceramah utama dan Cik Sharifah Ismail sebagai Penceramah kedua.

Selain itu, Pn. Nafisah Hj. Hasan, mantan Timbalan Pendaftar (Bahagian Hal Ehwal Akademik) UMS juga turut hadir bagi menjayakan dan memberikan sokongan padu pada hari tersebut.

Bengkel seumpama ini ada baiknya diteruskan dan pihak PPUMS mengalu-alukan sebarang cadangan tajuk dari para ahlinya untuk tujuan ini.

Comments on this entry are closed.